POPIA BASAH
Bahan-bahannya:
Untuk kulit popia:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu mkn cuka
Secubit garam
Cara membuat kulit popia
Masukkn semua bahan ke dalam mangkuk,dan gaul sebati. Seperti kita membuat adunan cucuq
Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit.
Tutup dan perap 30 minit.
Selepas 1/2 jam, boleh lah panaskn kuali leper@ non stick pan.
Ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis2. Buat dari arah ikut jam , dari tepi kuali dulu kemudian sapu tengah-tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Sete;aj rata,
biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis adunan.
Letakkan di dalam pinggan dan kulit popia ni boleh disusun berlapis-lapis kerana tidak melekat.
Inti popia basah
Sengkuang( jika suka hiris nipis @ memanjang
Taugeh- bersihkn
1/2 biji kubis - racik halus
1 batang carot- hiris memanjang
Secawan udang basah. Buang kepala dn ekor- potong kecil
1/2 labu bawang besar cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
Udang kering- tumbuk halus
2 sb sos tiram
Garam dan minyak unutk menumis
Cara-caranya:
Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, bawang besar dan bawang putih dan udang kering hingga wangi. Guna api sederhana. , Masukkan udang basah,
Masukkan kubis dan carot. Kacau hingga layu.
Masukkan tauge, sengkuang, dan perasakan garam gulanya.
masak sekejap je bahan inti ni- supaya rangup
Bahan sos
15 tangkai cili kering, buang biji, rebus dan toskn kmudian di kisar dengan 1 cawan air..kisar halus
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu gula perang
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak utk menumis
Cara-caranya:
Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak. Masukkn gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. Masak hingga pekat menggunakn api perlahan. Tambah garam secukupnya.
Bahan tabur
Kacang tanah disangai, buang kulit dan tumbuk
Udang geragau kering, disangai dan tumbuk halus.
Bawang goreng
Cara menyediakan popia basah
Ambil sekeping kulit popia dan sapukan sos sedikit, dan masukkan satu sudu besar inti..gulung kemas..buat sampai habis.
Curahkn sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur..siap
Selamat mencuba daripada Seharum Dapur Bonda KC
POPIA GORENG BERCILI
Bahan:-
Kulit popiah secukupnya
minyak utuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air = bancuh untuk gam popia
Inti Popia:-
• 200 gm udang - hiris halus
• 2 batang fish cake– potong dadu (optional..nak bagi lebih sedap)
• 1 batang carrot - sagat/racik halus2
• 1 mangkuk kobis - hiris2 halus
• 5 batang kacang panjang - potong halus
• 1 labu bawang besar - cincang halus
• 1 ulas bawang putih - cincang
• 1 sudu besar minyak
• Garam
•
Cara Membuat:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang, fish cake dan carrot. Kacau rata. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah sayur turun.
Ambil kulit popiah, dan letak intinya. Gulung seperti menggulung kuih ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.
Bahan Sos Cili:-
• 2 sudu besar cili mesin
• 1 ulas bawang putih - tumbuk
• 2 sudu besar sos cili
• 2 sudu besar air asam jawa (atau cuka jika suka)
• 2 sudu besar gula (pada bonda manis sikit lebih sedap)
• 3 sudu besar minyak
• garam
• bijan untuk tabur (jika suka)
Cara Membuat:-
Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan pecah minyak. Masukkan gula dan kecilkan api. Bila bahan tumis dah bertukar warna merah cantik masukkan air asam jawa. Masak lagi sekejap dan rasakan garam gulanya. Bila dan puas hati, masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan gaul rata sekejap sahaja sebab kalau lama sangat akan lembik dan tidak rangup. Sebab itu bahan sambal mesti betul-betul garing baru masukkan popia kita. Siap untuk dihidangkan. Bijan boleh juga ditabur ketika menghidangkan popia sambal kita,
Selamat mencuba daripada Searum Dapur Bonda KC
Komentar
Posting Komentar